programming | html tutorial | articles

 

< Pangkalan Data - Skrip CGI - Pelayan Web > -  II

 Seterusnya, anda harus mempunyai pengalaman dalam perkara yang dinyatakan di bawah

  1. Bahasa HTML - Ini ialah perkara yang paling asas sekali dalam pembinaan laman web dinamik. Anda haruslah menguasai HTML ini dengan sepenuhnya. Rujuk tutorial saya untuk mengetahui cara-cara pembinaan laman web dengan menggunakan HTML.

  2. Bahasa Skrip CGI yang digunakan - Ini bergantung kepada Skrip CGI yang dipilih, anda harus fasih dalam bahasa yang dipilih. Skrip-skrip CGI ini akan menghasilkan tag-tag HTML dan seterusnya menghasilkan laman-laman web dinamik. Rujuk laman-laman web di internet yang menawarkan tutorial mengenai skrip CGI yang anda pilih.

  3. Bahasa SQL - Stuctured Query Language (SQL) digunakan untuk mengakses data daripada pangkalan data. Hampir kesemua pangkalan data mempunyai structur SQL yang serupa. Anda boleh rujuk laman-laman web di internet yang menawarkan contoh-contoh skrip CGI.

  4. Protokol HTTP - Ini juga penting, kerana anda bukan sahaja mengeluarkan tag-tag html, terdapat beberapa proses yang diperlukan sebelum menghantar tag-tag html kepada pengunjung. Sebagai contoh,  meta definition "Content-type : text/html\n\n" dihantar kepada browser pengunjung sebelum menghantar tag html supaya browser pengunjung dapat mengenalpasti bahawa kod-kod yang dihantar ialah fail html. 'Cookies' juga ditetapkan melalui cara sebegini.

 

c programming | html tutorial | articles | home
about me | links | search | guestbook | photo album