Bagaimana
cara function "cari" e.g. macam laman web "www.spr.gov.my"
bila kita masukan no kp. nama, no daftar dan daerah mengundi akan tertera
di skrin.
Untuk membuat seseuatu seperti berikut, anda memerlukan pengetahuan
didalam bahasa SQL, serta tahu salah satu bahasa CGI skrip seperti JSP,
ASP, PHP dan Perl.
<meta
name="description" content="Laman ini menerangkan tentang
Bahasa HTML">
<meta name="keywords" content="HTML, Tutorial, Bahasa, Melayu">
Jika saya mendaftar di sesuatu homepage seperti altavista, webcrawler,
tidak pula ia meminta tag seperti di atas. Adakah ia akan menerima
pendaftaran saya?
Waktu awak mendaftar tu, kalau dia tak cakap, maksudnya dia tak gunakan meta
name dengan meta description tu. kemungkinan besar pendaftaran
itu diterima sebab dia akan gunakan cara lain untuk menyenaraikan laman web anda
dalam database mereka.
Apakah itu bandwidth?
Dari segi 'data communication', bandwidth
tu bermaksud keupayaan sesuatu talian(dlm kes ini, talian internet) untuk
transfer data. dari segi elektronik signal lain pulak maksudnya.
Apakah itu cgi-bin, *.pl dan
*.js
CGI-BIN ialah direktori(folder) yang
mengandungi script-script cgi. Skrip-skrip CGI ini terdiri dari skrip
Perl, JSP, PHP atau TCL untuk menghasilkan laman web dinamik. Penggunaan
skrip ini boleh dikenal pasti apabila laman web tersebut mempunyai akhiran
(.pl) untuk skrip perl, akhiran (.jsp) untuk skrip JSP, akhiran (.asp)
untuk skrip ASP dan akhiran (.php) untuk skrip PHP.
Skrip Java (.js) adalah tergolong di dalam kategori yang berlainan dimana
skrip ini disertakan sekali bersama laman web.
Bila saya download script java dalam laman www.javafile.com tu,contohnya pada bahagian text effect. Saya download dalam WinZip File. Bila saya bukak dalam winzip tu, terpaparlah senarai file .class,.php dsbnya. Saya klik dan view menggunakan Notepad(salah satu daripada file tersebut), bermacam-macam tulisan/simbol yang tidak boleh difahami,keluar. So, macam mana kita nak gunakan script java tu? Dah banyak kali saya cuba, tapi tak berjaya.
Yang .class itu bukannya java script, tapi itu java applet. Cara penggunaan java applet berbeza dengan cara penggunaan java
skrip.
Apakah file .php itu adalah arahan script java bagi sesuatu applet yang ditunjukkan dalam sesuatu laman web.
Fail PHP tu singkatan dari Personal HomePages, ialah adalah satu golongan CGI skrip (bukan macam java skrip ) CGI skrip ni, macam ASP, PHP, Perl, JSP yang konsep penggunaan sememangnya lain dari Java Skrip. CGI skrip ini biasanya digunakan dalam borang dan laman-laman web yang dinamik (yang selalu berubah-ubah isi kandungannya), contoh laman web macam laman web hotmail.com, yahoo.com,
www.cari.com.my.
macammane nak
main chat dan mengatasi masalah printer rosak.dah taip sesuatu tiba2 printer tak
berfungsi
Sila hantar ke kedai.
Saya
ingin membuat satu sistem menggunakan ASP, tetapi tidak tahu untuk
memulakannya. Di mana saya hendak membuat pangkalan data dan bagaimana
untuk mencapainya. Apa yang perlu ada pada PC saya untuk membuat sistem
menggunakan ASP.
Untuk membuat laman web (sistem)
dengan menggunakan ASP, anda perlu ada sekurang-kurangnya Windows 98,
dengan Personal Web Server (PWS). Ataupun anda boleh juga menggunakan NT4
server dengan IIS 4.0.
Untuk pangkalan data, anda boleh gunakan Microsoft Access dan rujukkan
fail Ms-Access itu dengan menggunakan ODBC. Kemudian dengan menggunakan
script ASP, panggil data-data di dalam Microsoft Access tersebut.
Sila lihat Help-File untuk Bahasa ASP yang diberikan oleh Microsoft. Di
dalamnya terkandung banyak maklumat untuk mengakses pengkalan data dengan
menggunakan ASP.
Anda juga perlu tahu bahasa
SQL untuk berinteraksi dengan pelayan pengkalan data.
Bagaimana
untuk mengatasi masalah imej lari, adakah ia berkaitan dengan resolusi
monitor (skrin) dan bagaimana untuk mengatasinya. Mengikut tutorial
saudara, masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan Java Applet.
Penggunaan Java Applet yang saya sebutkan
ialah dengan membuat laman-laman web yang khas untuk resolusi yang anda
mahukan. Java Applet tersebut bentindak untuk mengenalpasti resolusi skrin
komputer yang digunakan pengunjung dan membawa pengunjung ke laman web
yang telah ditetapkan.
Walaubagaimanapun,
penggunaan jadual berkesan untuk mengelakkan imej-imej tersebut lari.
Boleh
tak saudara berikan tip-tip untuk membuat animasi pada laman html supaya
nampak tidak kaku dan statik. Boleh tak saudara memberi ".class"
bagi animasi tersebut dan penerangan bentuk animasi yang dilakukan.
Laman web saya tidak memberikan penumpuan
terhadap penggunaan java applet. Walaubagaimanapun, terdapat banyak
laman-laman web di internet yang menawarkan Java Applet yang boleh
melakukan animasi-animasi. Biasanya laman web ini ada menerangkan
cara-cara untuk menggunakan Java Applet yang dibekalkan.
Berkenaan
dengan penggunaan java script mouse over dan mouse out. Saya telah
membuatnya dan test java script itu tetapi tidak secara online. Bila saya
test secara tidak online, java script tu menjadi kesemuanya. Tapi bila
dionlinekan, ada yang jadi dan ada yang tak jadi. Jadi, apa masalah
sebenarnya?
Masalah tersebut berpunca dari
skrip-skrip yang dimasukkan oleh tapak web perumah, sesetengah tapak web
perumah memasukkan skrip Java sebagai iklan di dalam laman web saudara,
tetapi skrip-skrip ini akan mengganggu skrip-skrip yang ada di laman web
saudara.
Punca yang lain ialah
daripada kelembapan talian internet yang digunakan.