Bahagian-VIII

Bingkai di laman HTML - VI


 
Nilai untuk cols dan rows
Untuk nilai cols dan rows kita boleh letakkan nilai piksel ataupun peratus. Sebagai contoh untuk nilai piksel:
<frameset rows="150,*">

Melalui contoh ini kita boleh tetapkan bahawa untuk baris pertama ia akan mempunyai saiz 150 piksel dan baris kedua mempunyai saiz selebihnya dari saiz skrin pengguna.


Sifat-sifat lain
Kita boleh letakkan sifat-sifat lain pada tag frameset. Antaranya ialah
  • border - nilai untuk saiz sempadan (piksel)(internet explorer)
  • frameborder - sempadan wujud atau tidak(yes atau no)(netscape navigator)
  • framespacing - nilai untuk jarak antara lajur dan baris (piksel)

sebagai contoh:

<frameset cols="140,*" frameborder="no" border="0" framespacing="0">

manakala untuk sifat frame pula :

  • border - nilai untuk saiz sempadan (piksel)
  • scrolling - mengelakkan dari scrolling bar dari kelihatan (internet explorer)
  • noresize - mengelakkan dari "scrolling bar" dari kelihatan (netscape)
  • marginwidth - nilai untuk jarak antara bingkai dengan sempadan garisan(piksel)
  • marginheight - nilai untuk jarak antara bingkai dengan sempadan garisan(piksel)

sebagai contoh:

<frame src="menu800.html" name="menuwindow" 
 border="0" scrolling="no" noresize="noresize"
 marginwidth="0" marginheight="0" >

Oleh kerana terdapat kelainan antara Netscape Navigator dan Internet Explorer maka anda dinasihatkan bahawa kesemua sifat-sifat ini harus diletakkan supaya pengguna yang menggunakan Netscape Navigator dan Internet Explorer dapat melihat kesan yang sama apabila melihat laman anda.


Tag <noframe>
Apa yang berlaku jika pengunjung yang menggunakan browser yang tidak menyokong penggunaan bingkai memasuki laman anda yang memerlukan sokongan bingkai?. Dalam hal ini anda perlu menggunakan tag <noframe>...</noframe>. Dengan penggunaan tag ini anda boleh membuat sesuatu jika pengunjung tersilap masuk ke dalam laman berbingkai anda. Sila lihat contoh di bawah.
----------------------------------------
<html>
<head></head>
<frameset rows="10%,90%">
        <frame src="iklan.htm" name="ruanganiklan">
        <frameset cols="10%,90%">
                <frame src="menu.htm" name="ruanganmenu">
                <frame src="isi1.htm" name="ruanganisi">
        </frameset>
</frameset>

	<noframe>
	Alamak!, browser anda tidak menyokong penggunaan 
	bingkai yang diperlukan untuk paparan tapak 
	web ini. Jangan risau, klik di 
	<a href="isi1.html">sini</a> untuk ke
	tapak web versi tidak menggunakan bingkai.
	</noframe>

</html>
----------------------------------------

Jika pengguna tersalah masuk ke laman anda, maka nota yang anda berikan akan dipaparkan di skrin yang mengarah pengunjung masuk ke laman yang betul.


left btn right btn