programming | html tutorial | articles

up ]

 

< Pangkalan Data - Skrip CGI - Pelayan Web > - I

Di sini saya terangkan cara-cara permulaan untuk membuat laman web yang boleh mengambil data dari pengkalan data. Harus dinyatakan di sini bahawa proses ini adalah bergantung kepada platform yang digunakan. Terdapat banyak konfigurasi yang membolehkan kita melakukan apa yang dimahukan.

Saya akan menerangkan IDEA di sebalik proses ini.

  1. Kita perlukan satu Pelayan Web untuk menghoskan laman-laman web dinamik kita. Pemilihan pelayan web ini bergantung kepada kehendak kita sendiri. Ada orang kata IIS tidak stabil tetapi mudah untuk mengubahsuai konfigurasi, ada orang kata Apache lebih laju, bergantung kepada kehendak masing-masing. Banyak lagi Pelayan Web yang boleh didapati di Internet, percuma atau berbayar.

  2. Pemilihan Bahasa Skrip juga hendaklah sesuai dengan Pelayan Web yang kita pilih. IIS tidak menyokong penggunaan sesetengah skrip seperti TCL tetapi menyokong penuh penggunaan Skrip ASP (bermaksud, jika anda mempunyai Pelayan Web IIS / PWS maka secara automatik skrip ASP disokong oleh Pelayan Web tersebut, tidak memerlukan applikasi tambahan). 

    Ada juga bahasa skrip yang disokong oleh IIS tetapi memerlukan orang tengah (modul) untuk menguruskan bahasa skrip tersebut. Sebagai contoh, untuk menggunakan JSP di IIS, anda memerlukan modul seperti ActiveServlet untuk menguruskan Skrip JSP.
     
  3. Pemilihan pengkalan data juga penting, kerana sesetengah Bahasa Skrip tidak menyokong penggunaan pengkalan data terbabit. Kebanyakannya, untuk mengakses pengkalan data dari Skrip memerlukan modul tambahan. Masalahnya, jika tiada modul tambahan disertakan/ditulis, maka akses ke pengkalan data adalah mustahil.

Sebelum memulakan sesesuatu projek, kaji selidik perlu dilakukan untuk menentukan samada penggabungan tersebut boleh dilakukan. Modul-modul tambahan perlu dikenal pasti dan dapatkan nota-nota 'installation'. Pastikan nota-nota cara pengaksesan juga diperolehi.

Sebagai tambahan, boleh juga diselidiki sama ada konfigurasi tersebut boleh digunakan di platform yang berlainan seperti Unix, Windows, Mac. Selidiki juga samada jika terdapat kelemahan-kelemahan jika konfigurasi tersebut digunakan diplatform-platform tersebut.

Platform

Applikasi yang diperlukan

Windows 98

Perkara Applikasi sumber
PangkalanData Microsoft Access - Melalui ODBC Microsoft Access salah satu applikasi Microsoft Office
Bahasa Skrip CGI Perl www.activestate.com
Pelayan Web Apache www.apache.org

 

Perkara Applikasi sumber
PangkalanData Microsoft Access - Melalui ODBC Microsoft Access salah satu applikasi Microsoft Office
Bahasa Skrip CGI JSP (ada di dalam JSWDK) www.java.com
Pelayan Web Java Web Server (ada di dalam JSWDK) www.java.com

 

Perkara Applikasi sumber
PangkalanData Microsoft Access - Melalui ODBC Microsoft Access salah satu applikasi Microsoft Office
Bahasa Skrip CGI ASP (ada dalam PWS) www.microsoft.com
Pelayan Web Personal Web Server (PWS) Dalam CD Windows 98 (ORIGINAL)

 

Perkara Applikasi sumber
PangkalanData Microsoft Access - Melalui ODBC Microsoft Access salah satu applikasi Microsoft Office
Bahasa Skrip CGI JSP  www.apache.org - untuk menggunakan JSP bersama apache perlukan JServ. Atau configurasi boleh digunakan bersama Tomcat (salah satu project apache yang mengunakan JSP)
Pelayan Web Apache www.apache.org

* Di samping itu penggunaan Microsoft Access boleh digantikan dengan Pengunaan MySQL (boleh didapati dari www.mysql.com) atau Microsoft SQL Server atau Oracle Database Server

* Penggunaan Perl boleh digantikan dengan PHP.

 

Platform

Applikasi yang diperlukan

Windows NT
Windows 20000

 

* Kesemua Konfigurasi Windows 98 di atas boleh digunakan di Windows NT / Windows 2000

Perkara Applikasi sumber
PangkalanData Microsoft Access - Melalui ODBC Microsoft Access salah satu applikasi Microsoft Office
Bahasa Skrip CGI ASP dilengkapi bersama IIS
Pelayan Web IIS Internet Information Server IIS4 - Windows NT Option Pack 4 
IIS5 - Windows 2000/NT5 

 

Perkara Applikasi sumber
PangkalanData Microsoft Access - Melalui ODBC Microsoft Access salah satu applikasi Microsoft Office
Bahasa Skrip CGI Perl www.activestate.com
Pelayan Web IIS Internet Information Server IIS4 - Windows NT Option Pack 4 
IIS5 - Windows 2000/NT5 (pre-install)

 

Platform

Applikasi yang diperlukan

Linux / Solaris / Irix

 
Perkara Applikasi sumber
PangkalanData Oracle / MySQL Oracle
Bahasa Skrip CGI ASP / JSP / PHP / TCL  
Pelayan Web Apache  

* Kebanyakkan sistem unix adalah sama dan tidak memerlukan banyak pengubahsuaian.

 

Laman web Seterusnya >>

 

c programming | html tutorial | articles | home
about me | links | search | guestbook | photo album